Post ID: 33

Hari Yg Memenatkan Tapi Seronok

Hari nie memang betul2 memenatkan. Pepagi kene gi kindy mengajar disana. Pastu rush ke office siapkan perkakas utk presentation ahad nie. Lunch time diorang ajak gi Carrefour. Sempat gak usha handphone utk mak. Then, bila balik ke opis semula tetiba ada kelas awal plak. student nak wat replacement. Arghh….cakap le awal2, nie keje tgh melambak nie. Baru ingat nak curi2 masa siapkan assignment. From 3pm to 6pm non stop bercakap sambil mengajar. Kering kontang tekak dibuatnya. Abis kelas lepak umah moi sampai kol 8. Aku dan wana gerak ke Istana Budaya. Menonton Alang Rentak Seribu. Masa awal tahun teater ini dipentaskan aku tak sempat nak menonton. Since anum kempen baik punye kata citer nie best gilosh, aku pon beli le 2 tiket. Wana pon tak penah ke Istana Budaya. She was really excited. Kami sampai ngam2 8.25. Masuk aje sekali aiseh, ingatkan seat sket punye cun dah pilih rupanya second row dari pentas daa….Yg tak syok sebab tak dapek nak show kat Wana camne stage tu tukar setting background dan dengar live musician play during the program. Takpelah, ada teater lain aku bawak dia lagi. Kelakar memang tahap cipan. Tak henti2 gelak sampai tepuk2 lutut. Tak sesia gak gi nengok. Audience tak begitu ramai tapi still penuh sampai ke belakang. Cuma celah2 row ada yg rompong. Dua teater sebelum nie aku nengok full house. Paling aku khusyuk menghayati watak si Alang le. Susunan kata2 nya cukup berseni, berirama. Memang best dan kelako. Yg lain tak kurang hebatnya. 4 bintang utk Alang Rentak Seribu….

Show habis kol 11.10. Show paling awal abis yg aku penah tgk. Lepas hantar wana ke rumah, aku pun pulang dan sampai umah tepat2 jam 12 malam. Letihnya badan, takleh nak kata. Rasa nak baring sekarang jugak. Tapi mengenangkan segala report yg perlu di print utk meeting sok dan assignment yg aku nak hantar esok, gagahkan juga le badan dan mata nie. Huwaaaa…ngantuknyaaaa…..

Mazni, Zul petiklah bunga-bunga di taman, buat hiasan penyeri halaman <--Petikan ayat dr Alang Rentak Seribu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *