Just An Ordinary Day

takde apa yg spesel hari nie. Pegi keje dan balik keje seperti biasa. Bolehlah diisytiharkan sebagai Hari Bosan Sedunia. Di jam2 terakhir dipejabat aku menghabiskan masa menonton Finding Nemo. Tak jemu-jemu walaupun dah berulang kali. Keluar dari pejabat, cuaca kelihatan cukup cantik. ahhh, alangkah ruginya jika hanya menghabiskan masa di rumah petang2 begini. Tapi nak ajak member jalan, takde member plak. semua dah meluru pulang. Singgah di rumah director utk collect cheque, aku ke supermarket membeli tuna dan salad. Inilah makanan malamku. Tiba di rumah terus siapkan makanan dan makan. Sedap juga rupanya tuna dan salad.

Malam ini, as usual di hadapan laptop selama sejam. Lepas nie nak study data comm kejap. exam dah dekat. pastu apa lagi, tido le. bila dah bosan camnie, ubatnya tidur aje…..zzzz…

Lawak Hari Ini

Di sebuah kelas, para mahasiswa sedang mengikuti kuliah Filosofi. Pensyarah yang mengajar cuba melemparkan topik perbincangan tentang Tuhan.

“Ada yang pernah melihat Tuhan?” tanya si pensyarah. Semua diam tak menjawab.

“Ada yang pernah mendengar Tuhan bersuara?” si pensyarah bertanya lagi. Kali ini pun tak ada yang menyahut.

“Ada yang pernah menyentuh Tuhan?” tanyanya lagi. Semua diam.

“Kesimpulannya tidak ada Tuhan,” kata si penyarah sambil tersenyum. Terdengar gumaman protes. Kemudian akhirnya seorang mahasiswa berdiri sambil bertanya,

“Ada yang pernah melihat otak tuan pensyarah?” Tak ada jawapan.

“Ada yang pernah mendengar otak tuan pensyarah?” Tak seorangpun menjawab.

“Ada yang pernah menyentuh otak tuan pensyarah?” Sekali lagi hening.

“Kesimpulannya tuan pensyarah tidak punya otak,” kata mahasiswa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *