Post ID: 28

Adil

Hari nie aku tertanya2. Berapa ramai diantara kita mampu berlaku adil? Adil kepada diri sendiri, kepada keluarga, teman-teman, masyarakat sekeliling, kepada agama dan negara? Adil dalam perkahwinan, adil dalam pembahagian harta, adil dalam penentuan kuasa? Adil, perkataan yg simple yet difficult to fullfil. Dan aku cuba utk berlaku adil hari ini. Tetapi aku khuatir org akan mempersoalkan kewibawaan aku utk berlaku adil. Adilkah mereka utk menghakimi aku tanpa menyiasat? Atau mampukah aku berlaku adil dengan seadil-adilnya? Yg pasti aku cuba utk mengusahakannya. Jika gagal, sekurang2nya aku puas kerana aku telah mencuba. Aku tak mahu gagal sebelum memulakannya. Dare to fail? Entah….apakah aku punya kekuatan. Dan aku mula menyedari dunia hari ini semakin pincang dari sifat keadilan. Maju bukan semestinya adil. Dan bukan semua manusia dikurniakan kekuatan utk berlaku adil setiap masa. Kadangkala kita tewas dan menjadi zalim….

Streamyx masih belum boleh digunakan di rumah. Kesian modem aztech, terlantar sepi diatas lantai. Kerlipan lampu DSL padanya seolah2 meminta belas kasihan. Aku sudah melalukan yg sepatutnya, melaporkan dan memaklumkan. Kini aku hanya menunggu mereka datang menjalankan tugas.

Hari ini sahaja aku mendengar dua luahan hati. Nasib baik aku sendiri tak punya masalah besar, jika tidak tentu telinga dan hatiku ini tak tertampung mendengar luahan org lain. People says that I am a good listener. Tapi aku adalah org yg payah apabila cuba meluahkan masalah. Takpelah, sekurang2nya aku dapat membantu rakan-rakanku yg lain. Tahun 2003 nie betul2 menguji kekuatan mental aku. Pelbagai masalah dan ragam yg aku dengar dan lihat tetapi aku menganggap ia sebagai satu latihan bagi aku utk menghadapi sesuatu yg lebih sukar dimasa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *