Post ID: 23

seharian aku menghabiskan masa di jalanan memandu kereta bersama manager aku. Seawal pagi kami ke Derby Park di KLCC utk attend meeting di opis director. Pastu pi HQ Futurekids di Puchong. Lega sebab proposal projek kami diterima. Harap2 sangkut le kali nie. Habis di Puchong kami ke Ampang utk lunch. Lapo habis sebab tak sempat breakfast. Lepas tu kami terus ke bank utk uruskan beberapa cheque tapi terpaksa ke Derby Park semula sebab ada masalah signature. Sementara nak tunggu director yg keluar dari opis, kami melepak di Ampang Park di MacD. Sempat juga meninjau2 digicam idaman. Bila le aku nak rembat nih? Selesai urusan di Derby Park, kami terus pulang.

Aku amik kete aku semula di umah manager then aku ke opis amik minah tu yg tercongok sorang diri di opis. Hanto dia ke umah coz ari nak ujan. Aku sampai umah pon ujan dah lebat. Terus naik ke bilik, salin pakaian dan aku tertidur. Letih bangat, malam tadi tido lewat coz selesaikan proses translating proposal ke bahasa melayu. Sepatutnya mamat streamyx datang hari nie tapi aku tundakan. Harap2 by tuesday aku dah ada streamyx…yahooo……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *