Post ID: 22

hari nie antara hari dalam sejarah. Pukul 5.30 petang aku dah terpacak kat umah. kelakar. aku susah nak ditemui di umah sebegitu awal lagi2 hari kerja. agaknya sebab kawan serewang aku cuti kot. anyway, smalam masa kat mid valley (aku pi sana anto notebok utk check), singgah Jusco cari kaset. Semenjak dua nie aku suka bebeno layan lagu slow rock 80an. Sekali ada satu pakej. Dua kaset ngan harga RM16. Fuhh….lagu pon bagus. Sepanjang perjalanan hari smalam ngan hari nie aku dok layan kaset tu. Dan ku sangka2 aku ketemu ngan satu lagu yg dah lama aku cari. Bila di teliti liriknya, seddey tuuu. Yelah, pasal pasangan yg terpisah oleh ajal. Jodoh dan ajal ditangan Tuhan.

Airmata dan Cinta – CRK



disiniku berdiri

ketandusan diri ini

diri ini mengharapkan ku mencari

sang penghuni syurga jiwa

mendendang suara mengusap kalbu

ku lemas dalam terpesona

kehadiranmu menerajang kekusutan

yang lama terdampar disini

bagai telah dijanji

termakbulkah mimpi-mimpi

hujan ku mentari

terciptalah sang pelangi

irama lagu silam mewarnakan

idaman kalbu kesampaian

bulan memancar cahaya tanda rela

ikatan percintaan kita

kini tercapai sudah mahkota insani

takkan bermakna benih pastikan menjadi

kerana yang maha kuasa lebih menyanyangi

dikau pergi tanpa pesan

tinggalkan ku dalam kepasrahan

cinta ku yg suci bagai tak kesampaian

terputus ditengah jalan

hanya air mata doa

yang dapat ku iringkan bersama

kepada Yang Esa kupohonkan semoga

tempatmu disisi-Nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *