Diluah mati siput, Ditelan mati cipan.

Pepagi aku dikejutkan oleh sms oleh manager aku mengatakan director aku nak jumpa kat opis. Ahh sudah. kan ke aku kene pegi location ari nie. Adusss…aku balas balik dengan mengatakan aku kat spital jaga anak buah (bohong sunat tapi memang betul pon anak buah aku masuk spital). Sekali dia tipu aku daa…ciss…ciss dan ciss. Seawal pagi manager aku terpacak kat opis sekali director aku tak datang le. Ada ke patut dia kata dia ingatkan hari nie hari sabtu. cesss….

Terasa sunyi di opis. Staff admin tadak. Cuti balik kg. Mujur manager aku bawak anak dia sama. Ada gak member nak aku agah-agahkan. Petang, aku yg paling akhir meninggalkan pejabat coz manager aku dah balik dulu. kelas aku habis paling lewat dan murid yg terakhir pula dijemput agak lewat dr biasa oleh ibunya. Mujur buku Harry Potter setia disisi menemani aku dimasa bosan. Selalunya aku bertemankan rakan ketika pulang tapi hari nie aku lone ranger. Masuk ke kereta kepala aku ligat memikirkan. Mana aku nak gi ni. Nak balik umah awal lagi. Aha….pi Gleneagles le tgk Haiqal, anak buah kesayangan aku yg dimasukkan hospital semalam kerana pneumonia. Mujur tak serius. Aku kesana dengan segera. Tersengih2 Haiqal melihat aku melangkah masuk ke bilik. Habis satu floor aku round sambil mendokongnya. Fuhh…patut le berat. dah 10kg rupanya anak buah aku nie. Tepat jam 8pm nurse masuk. Operasi yg paling menyayatkan hati akan berlangsung. Kesian Haiqal meronta2 dan menangis bila dipakaikan mask nubelizer (ntah camne ejaannya, cam topeng pernafasan utk mencairkan flame, yakni kahak dalam peparu). Selesai operasi aku dukung dia ke sekitar wad utk memujuk dia. Jam 10 aku ke mapley ngan anak buah aku, Didi utk membeli makanan dan jam 11 aku pulang ke rumah.

Sebelum aku keluar meninggalkan hospital, henpon aku berdering. Seorang teman menelefonku. agak terkejut juga tapi dia masih kawanku. Kami bersembang hampir 20 minit sebelum talian terputus dan dia menghubungiku semula semasa aku masuk ke kereta. Beliau bertanyakan aku beberapa perkara dimana persoalannya meletakkan aku ditengah2 dua simpang. Inilah yg dikatakan diluah mati siput, ditelan mati cipan. Aku cuba memberikan kata2 yg paling adil. Aku harap aku berjaya melakukannya. Dia pernah menjadi kawanku dan aku tak pernah bermusuh dengannya. Mereka juga kawanku dan aku tak pernah bermusuh dengan mereka. Tersepit. Betul gak kata sorang kawan aku, “ko nie ina, nampak luaran aje brutal tapi hati ko terlalu lembut. Tak sekeras luaran”.Aku terkesima dan kini baru aku menyedari kebenarannya. Aku terlalu mudah berlembut hati dan terlalu mudah melupakan dan memaafkan. Sepanjang perjalanan pulang aku cuba menyelusuri sejarah hidupku sejak 23 tahun yg lalu dan ternyata aku gagal menamakan seorang manusia yg aku benar2 musuhi dan marahi. Patutlah aku tak penah ada senarai Rakan Benci. Heran jugak aku. Rakan2ku mostly mempunyai paling koman pon sorang yg mereka sangat2 benci tapi kenapa aku susah sangat nak membenci orang? Benarkah hatiku ini terlalu lembut dan terlalu pemaaf, mudah melupakan? Apa yg mak aku kasik aku makan masa kecik2 nie? Apa pon aku akan cuba berlaku seadil yg aku mampu dan semoga Allah kurniakan aku kekuatan utk menjadi insan yg paling arif dan adil….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *