Sure Giler TV3

Ahad yg damai. As usual aku bangun dengan niat nak gi lepak di workstation. Tapi memandangkan geng2 MTU berkobar nak nengok gambo, aku batalkan aje. Esok pon cuti lagi, bleh gi sana. sambil tu bleh submit assignment. Lepas mandi, aku menyiapkan diri. Yeargghh…what a nice and bright day.

Lepas sarapan, aku suh walid(ayah) sign borang streamyx. Tanpa banyak soal walid sign borang dan bagi potostat IC. Aitt…mood baik pagi nie. Kalu tak sure aku kene terangkan sejarah dan asal usul streamyx tu dulu baru dia sign. Then bergegas ke kedai gambo utk anto negatif Sg Congkak yg hendak dicuci dan terus ke LRT Gombak utk ke Masjid Jamek. Sambil menunggu train aku mengerling ke Tag Heuer yg terlilit kemas di pergelangan tangan. Hmm…awal lagi nie. Sempat nak ke Minerva Masjid India carik buku data communication. Sedang aku melangkah ke dalam train, handphoneku berbunyi. Rupanya kawanku memberitahu buku yg kami cari ada di Minerva. Allright….plan berjalan lancar seperti yg dirancang. Sampai di LRT Putra Masjid India aku melilau mencari jalan. Huh, bila agaknya kali terakhir aku naik LRT ke sini? Slalunya aku drive. Pusing punya pusing jumpa jugak akhirnya. Tapi buku tu dah abis di Minerva. Mujur di Pustaka Mukmin ada stok. Cantekk.. lepas sambar buku aku ke A&W mengalas perut. Sedang aku menikmati burger tetiba aku rasa seperti diperhatikan. Aitt…apsal awek sorang sana tu dok asik pandang aku. Baju aku senget ke, ada sos tumpah kat tudung ke? Aku cuba recall memory kot dia nie penah sekolah ngan aku. Macam familiar. Rasanya satu skolah masa di CBN dulu tapi sumpah aku tak ingat nama dia.

Aku berjalan ke Star Jamek. Tetiba Am sms mintak tulun belikan tiket balik putra. Ha’ah. aku pon tak teringat nak bikin plan kecemasan. buatnya balik nanti Putra sesak gile, naya aje. Aku bergegas ke Putra utk beli 2 tiket dan terus ke Star. Humang aihhh….pasar borong ke hapa. Manusia banyak giler. Terserempak ngan member aku si Murni. Dia pon gi ngan cousin2 dia. Aku dah termangu-mangu. Nak beli kat mesin, sket punye sesak. Kat kaunter, muka brother kaunter pon aku tak nampak. Lagu mana nie? Ahh…beratur ajelah. Ada rezeki ada, kalau takde aku balik ajelah. Setengah jam aku menilik muka2 manusia yg excited nak ke Bukit Jalil. Lepas dapat tiket, terpaksa berasak pula menaiki train. Huh, bila kali terakhir aku naik star? Tahun 2001 agaknya masa nak ke Puduraya nak amik bas ke Skudai utk konvokesyen. Puas aku memerhatikan pemandangan sepanjang perjalanan. Rumah2 setinggan tu masih maintain seperti kali terakhir aku lihat dahulu.

Sampai di Bukit Jalil, humang aihhh….selautan manusia. Aku meredah seorang diri mencari booth Streamyx. Tak sabo aku nak submit borang streamyx. Bestnya ada unlimited access di umah nanti. Terpaksa calling2 Amz beberapa kali sebab tak jumpa booth. Cuba gak cari booth MNI kot cousin aku ada bertugas tapi tak jumpa. Yg banyak booth makanan. Bukti betapa rakyat Malaysia sangat suka makan. Sampai disana Amz bawa aku berjumpa syuk ngan fathi di belakang. Lepas sembang dan tengok2 gambo, aku berjalan2 kejap mencari minuman. Tak sangka terserempak ngan Aie. Ex-boyfriend housemate aku dulu. Still maintain sama. Friendly cam dulu jugak. Katanya dia dapat keje baru di Mesiniaga. Baguslah. Dia pon tunjukkan aku kertas iklan jawatan kosong oleh Telekom. Dia suh aku apply. Pehhh…thank you my pren. Macam tau2 aje aku tgh dok usha keje baru. Lepas sembang2 aku jalan2 tgk booth Majalah 3. hooo….macam tu rupanya Norazlina Ridzwan disebalik kamera. Kecik aje orangnya. Si Fathi gi cari NorJumma. Katanya minah tu classmate dia di UIA.

Pukul 4.30 aku dah start ngantuk. Letih tu. dah le panas. Nak nunggu siti nurhaliza, ntah mana dia. Last2 aku sms pada Amz kata aku nak balik dulu le. Si Syuk ngan Fathi ntah kemana. Geng2 TNB pon tatau sampai ke tak. Sampai di pintu masuk LRT Star aku terkujat lagi. Semua access ditutup sebab terlampau ramai manusia. walaupun aku ada kad pergi balik, ternyata ianya tidak memberi kelebihan. Terpaksa menunggu setengah jam dalam kehangatan petang yg perit menunggu giliran dibenarkan masuk. Kesian anak-anak kecil menangis kepanasan. Ada juga yg dah start pengsan2. Orang ramai mula berteriak meminta pintu dibuka dengan segera. Petugas FRU terpaksa menjerit pada org ramai mintak beratur. Didepan mata aku sendiri aku lihat seorang remaja menjerit pada pegawai suruh buka pintu yg lain. Pegawai tu agaknya dah letih explain terus tarik budak tu dan tunjuk kepada kaunter. aku tak paham. agaknya takde petugas di kaunter ke ataupun terlampau ramai umat nak keluar dari situ.

Heran melihat mak bapak yg sanggup usung anak2 kecil ke bukit jalil. Ada pula yg tatau le apa motifnya, anak yg masih kemerahan pon diusung sama. Giler ke hapa. Mak aku kata, masa aku dah umur setengah tahun baru mak aku bawak aku pi tempat awam. Mak bapak zaman millenium. Mak bapak yg sure heboh mengusung anak2 yg heboh menangis kepenatan dan kepanasan. Ada sorang brother pon aku heran. Ada ke dalam cuaca dan tempat sebegini di pakaikan si anak smart2. Pakai t shirt berkolar ngan jeans panjang. Kesian aku melihat budak tu menangis tak henti2. panas bebeno agaknya.

Naik aje LRT Star aku berikrar taknak dah berasak begini lagi kecuali benar2 perlu. Aku tiba di rumah jam 6.30 petang. Assignment data comm menanti untuk disiapkan. Tapi otak dan badan aku benar2 penat. Maybe I should take a quick nap. zzzz….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *